Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kareem Guru & Pelajar Tuisyen Sekalian

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Dalam kesibukan anda mengajar tuisyen dan belajar untuk peperiksaan yang menjelang tiba, Jangan dilupa Kita juga dalam PEPERIKSAAN DUNIA yang jauh lebih penting.

Semoga para GURU, TUTOR, CIKGU HOME TUITION yang mengajar pada bulan ramadhan ini tidak melupakan GANJARAN dan KEBERKATAN BULAN RAMADHAN ini.

Akal memerlukan ILMU untuk berfungsi secara optimum. IMAN dan ROHANI memerlukan ALQURAN dan AGAMA untuk tepandu kearah yang betul juga.

Akhir kata, Selamat Menyambut RAMADHAN al MUBARAK. RAMADAN KAREEM

Saturday, July 30, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Bulan Keberkatan



Assalamu'alaikum Wrmbth,

Permulaannya Rahmat, Ditengahnya Ke Ampunan dan Akhirnya Pembebasa dari api neraka.

Masha Allah, Alhamdulillah semua kita di takdirkan bertemu dengan bulan mulia ini.

Sama-samalah kita memanfaatkannya. Sebagai bulan tar biyah dan penformat bad sektor dalam jiwa kita. Ameen

Guru Terbaik Sepanjang Zaman

Assalamu'alaikum Wrmbth,
Siapa kah insan terbaik pernah wujud dimuka bumi ini selain junjungan besar kita Muhammada SAW. Dikala umat manusia leka dengan dunia dan segala tribulasi yang dibawakan, Ada juga rancangan berfaedah dikaca televisyen buat renungan semua (terutama sekali diri ini)

Adakah kita termasuk dalam umat Rasulullah SAW yang dimuliakan?

TERJEMAHAN LAGU:

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat  لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih طالبا قرب الحبيب
Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab  بلغنا لقاه يا مجيب
Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam 

Jika di kemudian hari, ada dari kalangan pelajar yang disayangi sekalian ingin bergiat dalam seni. Amat dipinta rancangan mengisi jiwa santapan rohani yang dahaga.

Friday, July 29, 2011

Dialog bersama Menteri Pelajaran Dato’ Seri Muhyiddin

Ramai guru kini membuka pusat tuisyen sendiri. Tidakkah akan wujud konflik antara tugas hakiki untuk membimbing murid menjadi cemerlang dalam masa yang sama memastikan pusat tuisyen juga cemerlang?

MUHYIDDIN: Itu pun boleh diistilahkan sebagai beban juga. Apabila dia punya tugas ditokok lagi dengan tugasan lain walaupun di luar waktu persekolahan secara tak langsung untuk menambahkan pendapatan, maka akan ada tugas lain yang perlu dilaksanakan. Kita hendak lihat perkara ini. Mungkin akan disyaratkan berapa jam seminggu guru boleh diizinkan beri tuisyen (ini cuma pandangan peribadi saya). Saya tidak kata saya mahu menyekat sebab ini telah menjadi kebiasaan kerana kadang-kadang masyarakat pun memerlukan guru untuk membimbing anak mereka sama ada dibayar atau tidak. Tetapi yang penting dalam menentukan batasan sejauh mana difikirkan sesuai. Kadang-kadang kerana mahu mengejar tuisyen tugas di sekolah seperti mengendalikan aktiviti kokurikulum terganggu. Kita kena lihat perkara ini dengan lebih seimbang dan bukannya samar-samar.

Adakah Tan Sri melihat imbuhan bagi profesion perguruan sekarang ini mencukupi? Jika cukup mengapa trend membuka pusat tuisyen semakin menjadi-jadi?

MUHYIDDIN: Nak katakan profesion perguruan tidak diimbuh dengan gaji yang setimpal tidak juga, kerana telah ada beberapa kali keputusan yang dibuat oleh kerajaan menambah baik ganjaran kepada guru, malah guru adalah profesion yang dibayar gaji yang lumayan. Contohnya seorang guru besar dengan 1,500 hingga 1,800 murid dan tempoh waktu bekerja yang kita tahu dibayar gaji lebih tinggi daripada pegawai daerah yang jaga satu daerah, dia jaga satu sekolah saja, dan dia diberi peluang kenaikan pangkat yang tidak terbatas walaupun dia hanya guru besar atau pengetua. Kalau dikatakan bayaran tidak setimpal saya tidak setuju tetapi yang pastinya sesiapa pun akan cakap gaji tidak cukup. Mesti ada keseimbangan dari segi tugas dan imbuhan yang dibayar. Malahan di kementerian saya lebih 80 peratus bajet dibayar dalam bentuk gaji untuk guru.

Apa pandangan Tan Sri tentang dakwaan bahawa guru-guru dibebankan dengan kerja-kerja pentadbiran sehingga mengganggu tugas-tugas hakiki mereka?

MUHYIDDIN: Perkara ini memang kita telah bincangkan. Satu jawatankuasa jawatankuasa yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran sedang mengkaji permasalahan tersebut dan hasil kajian akan diserahkan minggu depan. Dalam kajian itu kita nak pastikan apa sebenarnya tugas guru. Kalau ikut definisi biasa tugas guru adalah mendidik, mengajar. Tetapi di samping itu bagaimana pula dalam perjawatan-perjawatan lain. Biasanya ada bidang-bidang lain yang dipertanggungjawabkan kepada guru misalnya disiplin, kokurikulum, peperiksaan dan kita tahu sejak dari dulu ia telah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab guru. Jadi apabila dikatakan beban, maka kita nak tahu apa sebenarnya yang dikatakan beban, di peringkat mana kerja itu berlipat kali ganda banyaknya dari segi kuantum kerja itu sehingga menyebabkan mereka tidak mampu menjalankan tugas seperti biasa. Jadi kita hendak establish betul-betul, sebab itu apabila saya putuskan menubuhkan jawatankuasa itu ia bertujuan untuk memastikan proses P&P itu sesuatu yang dinamik, ia bukan statik. Kita juga hendak pastikan proses pembelajaran itu sentiasa ke hadapan di samping kita tahu juga kadang-kadang ada pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh sekolah, jadi guru besar atau pengetua seorang tidak mampu melaksanakannya dan memerlukan bantuan guru-guru lain atau tenaga lain di sekolah seperti kerani. Yang penting kita nak tentukan apakah bidang tugas sama ada ‘guru++’ atau guru semata-mata.Kalau benarlah mereka terpaksa menanggung kerja yang lebih daripada sepatutnya dan dakwaan itu dapat dibuktikan berasaskan fakta, maka langkah-langkah lain boleh diambil. Misalnya boleh disediakan tenaga pentadbiran di sekolah supaya kerja-kerja pengkeranian yang terpaksa dipikul oleh guru boleh juga dikongsi oleh pembantu-pembantu tadbir di sekolah. Kalau bukan tugas hakiki sebaliknya tugas tambahan yang sewajarnya tidak ditanggung oleh guru maka mungkin kita boleh tentukan cadangan tenaga pentadbiran diwujudkan di sekolah. Di samping itu kita perlu ambil kira jika seseorang guru itu benar-benar dedikasi dan saya tahu memang ramai guru yang dedikasi mereka tidak akan melihat tugas tersebut sebagai satu beban. Istilah beban itu sesuatu yang tidak disukai, kalau dia minat walaupun tugas itu berat, saya fikir dia bersedia untuk berkorban. Konsep pengorbanan dalam profesion perguruan penting juga dan saya tahu ada guru-guru sanggup datang ke sekolah tanpa disuruh oleh guru besar untuk melaksanakan tugas membimbing pelajar terutama di kalangan sekolah berprestasi tinggi (SBT). SBT ini tiada kelebihan banding dengan sekolah-sekolah lain tetapi kelebihannya adalah dari segi kepimpinan dan komitmen guru yang jauh lebih tinggi daripada sekolah-sekolah lain. Mereka sanggup datang ke sekolah dan mengadakan tuisyen tanpa diminta oleh ibu bapa.Sejauh mana usaha kerajaan menambah baik kursus perguruan sedia ada supaya relevan dengan tuntutan semasa?

MUHYIDDIN: Kita membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Hubungan antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang menyediakan program ijazah perguruan sentiasa berlangsung dengan baik kerana kita hendak pastikan latihan atau kursus perguruan yang ditawarkan di peringkat ijazah mempunyai kepakaran-kepakaran yang bersesuaian dengan keperluan masa depan. Di peringkat kita pula misalnya di Institut Pendidikan Guru, kurikulumnya sentiasa diperbaharui, lebih-lebih lagi sekarang kita dimasukkan komponen-komponen baru dalam erti kata interaksi dan pedagogi yang digunakan untuk mengajar anak-anak mesti sentiasa tepat. Bagaimanapun kita tidak berharap ia akan berubah selalu. Perubahan yang kerap akan mendatangkan masalah. Bagaimanapun perlu ada pembaharuan, transformasi dari sudut kurikulum sebagai contoh, guru-guru mesti dilatih supaya mereka faham sasaran atau matlamat berkhidmat dalam bidang perguruan tercapai.

Pesanan Tan Sri kepada semua guru?

MUHYIDDIN: Profesion guru amat mulia. Guru-guru mesti memberi sumbangan kepada anak watan dan menyifatkan tanggungjawab mereka itu sebagai sumbangan dan pengorbanan yang dilakukan secara sukarela. Penting di mana guru jalankan tugas dengan rasa senang hati. Saya ingin memberitahu bahawa kerajaan iktiraf peranan guru dan menghargai sumbangan mereka. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua cikgu. Kita tahu mereka telah menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang. Kita mahu supaya mereka berikan tenaga serta masa mereka untuk menjadikan profesion guru sesuatu yang dimuliakan.

Link Asal, Utusan Malaysia Online : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&

Wednesday, July 27, 2011

Kelas TUisyen Intensif Matematik SPM

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Bagi para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada 2012 dan memerlukan bantuan INTENSIF subjek MATEMATIK SPM, Anda boleh menghubungi saya CIKGU AZMI 0192653791

Gunakan masa yang ada pada cuti akhir tahun 2011 ini untuk memperbaiki Matapelajaran tingkatan 4. Anjakan paradigma yang anda lakukan sekarang bakal mengubah masa depan anda.

Setiap pelajar boleh melakukannya, Saya TELAH melihat ramai pelajar bangkit dari kegagalan lalu. SEMAIKAN azam dan SEMANGAT POSITIF.

Anda pasti CEMERLANG DUNIA AKHIRAT. INSYAALLAH

Tuisyen Intensif Klang Fizik

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Adakah anak anda berada di Tingkatan 4 dan bakal menduduki peperiksaan SPM?

Bagaimana dengan keputusan FIZIK dalam PEPERIKSAAN dan UJIAN terbaru?

Sudahkah anda menghantar mereka ke kelas PUSAT TUISYEN @ TUITION CENTRE tetapi masih tiada peningkatan ketara?

HUBUNGI saya cikgu AZMI 0192653791 untuk bantuan HOME TUITION segera.

Kelas Tambahan di pusat tuisyen tidak dapat memberikan tumpuan dan fokus pada anak anda. Hasilnya sama sahaja dengan sekolah.

Bagi cuti penggal bulan november dan disember ini, Mari perbaiki pelajaran tingkatan 4 melalui KELAS INTENSIF FIZIK.

Tuesday, July 26, 2011

Home Tuition Seri Andalas

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Kelas home tuition bagi kawasan Seri Andalas Klang kini ditawarkan. HUBUNGI Cikgu Azmi 0192653791

Guru tuisyen berpengalaman mendidik pelajar mencapai kemajuan dalam pelajaran.

Bagi Subjek / Matapelajaran yang ditawarkan pada peringkat UPSR PMR dan SPM.

UPSR UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
1)Bahasa Malaysia 2) Bahasa Inggeris 3) Sains 4) Matematik

PMR PENILAIAN MENENGAH RENDAH

1)Bahasa Malaysia 2) Bahasa Inggeris 3) Sains 4) Matematik 5)Sejarah 6) Geografi 7) Pendidikan Islam 8) Kemahiran Hidup

SPM Sijil Pelajaran Malaysia
1)Bahasa Malaysia 2) Bahasa Inggeris 3) Sains 4) Matematik 5)Sejarah 6) Geografi 7) Pendidikan Islam 8) Matematik Tambahan 9) Fizik 10) Kimia 11) Biologi 12)
Perdagangan 13) Ekonomi Asas 15) Prinsip Akaun

Monday, July 25, 2011

Guru Tuisyen Rumah Bukit Raja Klang

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Bagi ibubapa di kawasan klang khususnya sekita Bukit Raja yang memerlukan khidmat guru Home Tuition (Gru tuisyen yang mengajar di rumah) boleh hubungi saya Cikgu Azmi di talian 019 2653791.

Servis ini meliputi peringkat UPSR, PMR dan SPM bagi semua mata pelajaran.

Saya dan rakan-rakan tutor yang lain akan menjalankan amanah tuan-puan sebaik mungkin insyaallah. Kami juga menawarkan khidmat yang sama bagi kawasan setia alam, Shah alam dan Petaling Jaya.

Kami berpengalaman luas dalam mengajar dirumah

Anda juga boleh menghubungi kami melalui emel di cikgutuitioncentre@gmail.com

Servis Tuisyen Di Rumah Bandar Puteri Klang

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Anak anda tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas? Kelas tuisyen di pusat tuisyen tidak membantu kerana anak anda tidak dapat fokus?

Kami ada penyelesaiannya, Anak anda perlukan bimbingan Guru Home Tuition bagi membantu mereka memahami pelajaran.

Ramai ibu bapa di kawasan Shah Alam, Subang , Petaling serta di bandar lain kini beralih kepada khidmat guru tuisyen di rumah ini.

Tidak Kira Peringkat UPSR, PMR dan SPM guru-guru tutor kami dapat memimpin anak anda kearah kecemerlangan akademik. Sudah tentu dengan usaha dan kerjasama dari pelajar dan ibubapa ini dapat dilakukan.

Hubungi Cikgu Azmi 0192653791 atau hantarkan emel ke cikgutuitioncentre@gmail.com

Home Tuition Bukit Tinggi Klang

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Bagi ibubapa dan pelajar yang memerlukan khidmat home tuition / private teacher di kawasan BUKIT TINGGI Klang (berdekatan Jusco Bukit Tinggi), Kami menawarkan khidmat pembelajaran kondusif dan cemerlang untuk anak anda.

Tidak kira bagi peringkat UPSR, PMR dan SPM serta subjek diperlukan, guru home tutor kami sedia memenuhi keperluan anda.

Hubungi Cikgu Azmi 0192653791 atau emel kepada cikgutuitioncentre@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

Khidmat Tuisyen Rumah di Meru dan Setia Alam

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Salam kecemerlangan diucapkan kepada ibubapa dan para pelajar sekalian.

Saya menawarkan khidmat kelas tuisyen bagi mereka di sekitar Meru, Klang dan Setia Alam menggunakan pendekatan Home Tuition dan Tutoring di Rumah anda.

Matapelajaran yang saya dan teman-teman seperjuangan saya tawarkan adalah seperti berikut:

Peringkat: UPSR (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik)

PMR (Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris)

SPM (Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Sejarah, Kimia,Fizik, Matematik Tambahan, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas dan Perdagangan)

Antara Faedah Home Tutoring atau private tuisyen berbanding kelas tuisyen biasa?
1) Fokus dan tumpuan pada anak anda. (Anak anda akan diberikan tumpuan sepenuhnya)
2) Tiada gangguan dari pelajar lain (Ramai pelajar saya beralih kepada home tuition kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan di kelas)
3) Anak anda selamat dirumah
4) Lebih masa membuat latihan

Bagi ibubapa yang berminat, boleh hubungi saya Cikgu Azmi 0192653791 atau emelkan kepada cikgutuitioncentre@gmail.com